Penawar bagi Hati
Kitab Penawar bagi Hati adalah karya Dato' Dr. Abdul Basit atau lebih dikenali dengan gelaran Abu Anas Madani. Kitab ini beliau telah syarahkan di Masjid Ar-Rahman, Pondok Sungai Durian, Kelantan, bermula 22 September 2010 hingga selesai dalam 30 siri kuliah.
Walaupun ringkas, kitab ini membicarakan penyakit tujuh anggota zahir dan sepuluh penyakit batin, diikuti sepuluh penawar hati yang wajib dimiliki setiap hamba untuk mendekatkan diri kepada Allah. Kitab ini terkenal dalam masyarakat Melayu dan sering dijadikan teks kuliah di masjid dan surau.
Pentahqiq meneliti semula kandungan, menambah huraian khususnya berkaitan hadis, dan menulis semula bahasa Melayu lama karya asal Sheikh Abdul Qadir kepada Bahasa Melayu Tinggi yang sesuai dengan zaman kini, tanpa mengubah maksud. Tujuannya supaya kitab ini mudah dibaca semua peringkat masyarakat. Bukan hanya ustaz, malah pelajar, pendidik, ibu bapa, dan sesiapa sahaja yang ingin meningkatkan iman dan akhlak.
Fahami Bacaan Dalam Solatmu
Solat adalah wahana komunikasi seorang hamba dengan Tuhan yang seharusnya terjadi dengan suasana penuh mesra dan intim. Solat yang benar menghasilkan ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup seorang hamba. Ia melahirkan natijah kejayaan hidup di dunia dan akhirat, seperti mana yang dijanjikan di dalam al-Quran. Hal ini terjadi apabila seorang hamba menunaikan solat dengan penuh rasa khusyuk dengan memahami dan menghayati setiap patah perkataan yang diucapkan. Dengan demikian itu, proses komunikasi antara seorang hamba dan penciptanya akan lebih bermakna dan memberi impak yang maksimum.
Karya barisan panel penulis yang berautoriti dalam bidang agama ini adalah sebahagian daripada inisiatif bagi membantu orang Islam dalam memahami bacaan dalam solat mereka. Buku ini menyediakan panduan bergambar cara yang betul menunaikan solat, terjemahan lengkap dan secara per-kata bagi setiap ayat serta perkataan yang biasanya dibaca dalam solat. Di penghujung setiap bab, latihan kefahaman disediakan bagi menguji dan meningkatkan daya ingatan serta hafalam pembaca.
Dengan bahasa yang mudah dan penerangan ringkas, buku ini sesuai digunakan oleh segenap lapisan masyarakat bagi membantu meningkatkan rasa khusyuk dalam solat. Ia boleh digunakan sama ada untuk bacaan peribadi ataupun sebagai panduan dalam kelas pengajian orang ramai.