Pra Pelancaran Pustaka Seri Bayu

psb mainPAKEJ PUSTAKA SERI BAYU

pustaka seri bayu_20261119_135441_0000pustaka seri bayu_20261119_135441_0001pustaka seri bayu_20261119_135441_0002pustaka seri bayu_20261119_135441_0003pustaka seri bayu_20261119_135441_0004

SET EKSKLUSIF: PUSTAKA SERI BAYU (EDISI TERHAD)

Miliki koleksi lengkap karya penuh emosi dan misteri ini menerusi Set Eksklusif Pustaka Seri Bayu. Direka khas untuk para pengumpul buku dan pembaca setia, set ini menghimpunkan naskhah utama bersama pelbagai barangan koleksi rasmi yang mendalami latar cerita serta watak-watak di dalamnya.

Kandungan di dalam Set Eksklusif:

1. 1x Novel Pustaka Seri Bayu
2. 1x Booklet Arkib Pustaka Seri Bayu
3. 7x Kad ID Karakter Pustaka Seri Bayu
4. 1x Pelekat Latar
5. Akses Kandungan Digital Eksklusif: Pengalaman bacaan interaktif dengan mengimbas kod QR yang tertera pada setiap Kad ID Karakter untuk membuka kandungan tambahan secara dalam talian.

Nota Penting: Stok adalah terhad dan tertakluk kepada ketersediaan semasa.

Sinopsis:

“Teruskan bermain dan teruslah bergembira. Di sini, engkau tidak akan berduka.”

Enam orang kanak-kanak hadir ke sebuah rumah usang dengan harapan yang sama. Mencari tempat selamat. Mencari jalan untuk mengeluarkan diri daripada memikirkan penamat.

Apabila kesukaran hidup mula menjadi jalan buntu, rasa ingin membuang hidup dari dunia itu kian membuak-buak. Ah, dikatakan kanak-kanak masih muda, dan perjalanan hidup mereka masih panjang. Tetapi untuk orang yang tidak berada di tempat mereka, bukan semudah itu untuk mereka terus melangkah ke hadapan dengan tiada hala tuju.

Mereka mahu disayangi. Mereka mahu dilihat. Mahukan kehidupan seperti kanak-kanak lain. Dan mereka... mahu mati berkalang tanah daripada hidup bercermin bangkai.

Sehinggalah suatu hari, Seri Bayu menghulurkan tangan pada mereka yang menjejak masuk pondok usang tersebut. Siapakah dia, tiada sesiapa yang tahu. Namun kewujudannya mendatangkan satu rasa tenteram dalam jiwa kanak-kanak yang hadir bersama hajat. Kala itu, dia muncul bersama sebaris kata,

“Manusia hadir di sini dengan hajat yang satu. Apakah kau perlu akan kewujudanku?”