POLISI PEMULANGAN

Pemulangan Wang

Kesemua barang tidak boleh dipulangkan wang setelah anda menyelesaikan pembayaran pesanan.

Pertukaran produk adalah tidak dibenarkan sama sekali. Anda boleh log masuk dan membuat pesanan baharu melalui laman web.

Kod baucar tidak boleh dikeluarkan semula dan tidak boleh dipulangkan wang. Sekiranya anda memulangkan barang yang dibeli menggunakan kod baucar, hanya harga akhir yang telah dibayar (selepas diskaun) sahaja akan dipulangkan.

Barang Rosak atau Tidak Betul

Kami memohon maaf dan kami ingin menghantar bungkusan baharu beserta hadiah percuma istimewa kepada anda.

Sila hantarkan e-mel kepada kami di shop [at] pts.com.my dengan butiran berikut:

  • Nombor pesanan anda

  • Butiran peribadi (Nama, E-mel, Alamat dan Nombor Telefon)

  • Perihal masalah (contohnya: barang tidak betul/rosak)

  • Gambar atau video, mana yang berkenaan

Nota: Bagi barang rosak/tidak betul, anda tidak perlu memulangkannya kepada kami. Simpan sahaja barang tersebut, kami akan bertanggungjawab ke atas segala kesulitan yang ditimbulkan.