• Kaver_Ya_Allah_Izinkan_Aku_Kembali_2
  • Ya Allah Izinkan Aku Kembali Mencari-Mu dan Menemui Diriku Sendiri
1

PTS Publishing House

Turath - Ya Allah Izinkan Aku Kembali: Mencari-Mu dan Menemui Diriku Sendiri

Regular price
RM 27.00
Regular price
RM 30.00
Sale price
RM 27.00
Pernahkah kita rasa jauh daripada Allah, walaupun dahi masih mencecah sujud dan lisan masih menitip doa? Seolah-olah ada tembok yang menghalang kemanisan iman; sedang kita tahu Allah tidak pernah jauh, hanya kitalah yang perlu mula melangkah. Buku ini adalah sebuah rangkaian proses untuk pulang menemui ketenangan hakiki. Ia tidak datang untuk menghukum, tetapi menemani jiwa yang lelah mencari jati diri sebenar. Intipati buku ini diadaptasi daripada karya agung empat imam besar sebagai panduan rohani yang membimbing kita melalui empat fasa transformasi jiwa: Fasa Kesedaran: Menyingkap kelalaian hati dan muslihat dunia yang meragut ketajaman mata hati. (Sayd al-Khatir – Ibnu al-Jauzi) Fasa Pemurnian: Membina semula hubungan dengan Ilahi melalui mujahadah serta kemanisan zikir dan tauhid. (Tasfiyat al-Qulub – Ibnu Juzay) Fasa Penyembuhan: Merawat luka hati akibat dosa dan fitnah melalui penawar ilmu serta amal soleh. (Tibb al-Qulub – Ibnu al-Qayyim) Fasa Persediaan: Mempersiapkan kesucian jiwa dan kemuliaan akhlak demi sebuah kepulangan yang indah ke sisi Ilahi. (Al-Zahr al-Fa’ih – Ibnu Al-Jazari) Perubahan tidak perlu bermula dengan sempurna, cukup sekadar sebuah kejujuran. Kerana Allah sentiasa menunggu, dan langkah pertama untuk pulang... bermula di sini.