DASAR PRIVASI


MAKLUMAT YANG KAMI KUMPULKAN

Apabila anda membeli buku daripada kami, kami akan mengumpulkan maklumat berikut:

  • Nama anda

  • Alamat e-mel

  • Nombor telefon

  • Alamat kediaman untuk penghantaran buku

  • Maklumat pembayaran (diproses melalui gateway pembayaran selamat)

  • Sejarah pembelian dan pelayaran produk

TUJUAN PENGUMPULAN MAKLUMAT

Kami menggunakan maklumat anda untuk tujuan berikut:

  • Menghantar buku yang anda beli

  • Menghubungi anda berkenaan pesanan

  • Memaklumkan anda tentang buku baharu dan promosi

  • Meningkatkan perkhidmatan dan pengalaman pengguna

  • Memproses pembayaran dan pengesahan transaksi

  • Mematuhi keperluan undang-undang dan peraturan

PERKONGSIAN MAKLUMAT

Kami hanya berkongsi maklumat anda dengan pihak berikut:

  • Syarikat pos untuk tujuan penghantaran buku

  • Bank dan/atau penyedia sistem pembayaran untuk memproses pembayaran

  • Penyedia perkhidmatan teknologi yang membantu mengendalikan laman web kami

Kami tidak akan menjual, menyewa, atau berkongsi maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga untuk tujuan pemasaran mereka tanpa kebenaran anda.

KESELAMATAN DATA

Kami komited untuk melindungi maklumat peribadi anda:

  • Menggunakan teknologi penyulitan SSL untuk melindungi data sensitif

  • Menyimpan data dalam pelayan selamat dengan akses terhad

  • Melaksanakan kawalan keselamatan fizikal, elektronik dan prosedur

  • Hanya pekerja yang diberi kuasa sahaja boleh mengakses maklumat pelanggan

  • Mengemas kini sistem keselamatan secara berkala

COOKIES DAN TEKNOLOGI PENJEJAKAN

Laman web kami menggunakan cookies untuk:

  • Mengingati tetapan dan pilihan anda

  • Mengekalkan item dalam troli beli-belah anda

  • Menganalisis trafik laman web

  • Mempersonalisasikan kandungan dan iklan

Anda boleh mematikan cookies melalui tetapan pelayar anda, tetapi ini mungkin menjejaskan fungsi laman web.

TEMPOH PENYIMPANAN DATA

Kami akan menyimpan maklumat peribadi anda:

  • Selama akaun anda masih aktif

  • Selama tempoh yang diperlukan untuk menyediakan perkhidmatan kepada anda


HAK ANDA

Anda mempunyai hak untuk:

  • Mengakses maklumat peribadi anda di platform ini

  • Membetulkan maklumat yang tidak tepat atau tidak lengkap

  • Memadam maklumat peribadi anda dengan cara membuang (delete) akaun anda di platform ini.




PEMASARAN DAN KOMUNIKASI

Sekiranya anda bersetuju menerima komunikasi pemasaran daripada kami:

  • Anda boleh berhenti melanggan pada bila-bila masa dengan mengklik pautan 'unsubscribe' dalam e-mel

  • Anda boleh mengemas kini keutamaan komunikasi anda melalui akaun anda

  • Anda masih akan menerima e-mel penting berkaitan pesanan walaupun berhenti melanggan daripada pemasaran

PERUBAHAN PADA DASAR INI

Kami berhak untuk mengemas kini dasar privasi ini dari semasa ke semasa. Sebarang perubahan penting akan dipaparkan di laman web kami