Mengapa Allah Mencela Orang Yang Solat? (2021)
- Regular price
- RM 27.00
- Sale price
- RM 27.00
- Regular price
-
RM 30.00
Secure payments
Authentic products
Share
Menunaikan solat ialah rukun Islam yang kedua. Menunaikannya adalah satu kewajipan bagi seorang muslim. Tetapi, apakah yang menyebabkan Allah mencela hamba-Nya yang menunaikan solat? Mengapa Allah Mencela Orang yang Solat? Buku ini adalah himpunan penulisan harian penulis yang memberikan refleksi berpandukan kerangka pemikiran al-Quran. Penulisan ini bukanlah bermaksud untuk memberikan pentafsiran baharu bagi ayat al-Quran. Tetapi, konsep penulisan ini lebih cenderung kepada tadabbur, iaitu penghayatan dan aplikasi ayat mengenai isu kontemporari selain bertujuan mendidik masyarakat supaya menjadikan al-Quran sebagai rujukan utama dalam kehidupan zaman moden ini. Mudah-mudahan buku ini dapat memberi manfaat kepada kita semua. Semoga Allah membimbing kita.
×