“Di sana, jin itu seolah-olah membuat orientasi pula kepada saya. Mahu melihat sama ada saya sesuai ataupun tidak....”Cik Hanis masih cuba memahami apa yang didengarnya terus menyampuk, “Orientasi?”Lelaki itu tersenyum hambar. “Ya, orientasi. Saya sesuai ataupun tak untuk kekal di alam jin. Dan alhamdulillah saya berjaya mengakali mereka dan berjaya keluar dari alam itu, dan cuma hilang selama seminggu. Bukti manusia lebih pintar berbanding mereka.”Cik Hanis menelan liur.Lelaki itu jeda. Dia menarik nafas dalam-dalam. Wajahnya mula terlihat resah. “Walaupun saya berjaya lepas, jin itu akan kembali 20 tahun lagi untuk menuntut janji mereka,” jelasnya.* * * * *Tiga kisah yang berlaku dalam buku ini mungkin pernah benar-benar berlaku terhadap kawan kepada kawan kita, atau sepupu kepada kawan kepada kawan kita. Yakinlah, alam ghaib itu wujud. Ia sentiasa menjadi misteri kepada kita, dan rahsia kepada orang-orang yang dianugerahkan Tuhan untuk melihatnya.