Membaca sejarah merupakan proses menjana perspektif terhadap sesuatu peristiwa masa lalu. Begitu juga dengan Sejarah Uthmaniyah yang berjela-jela sehingga menjangkau tempohenam abad lamanya. Ia merupakan satu ‘pengembaraan’ yang panjang. Bagaimana mungkin seseorang boleh mendakwa dirinya benar-benar memahamiUthmaniyah? Sedangkan, selagi matahari dan bulan masih ada, selagi itulah perspektifsejarah akan tetap silih berganti. Pengembaraan sejarah tidak pernah berhenti. Di sebalik kebangkitan fenomena drama sejarah Turkiye seperti Diriliş: Ertuğrul dan Kuruluş: Osman, muncul satu keperluan mendesak untuk kita memahami sejarah kerajaanUthmaniyah menerusi kerangka fikir yang lebih jelas dan kukuh. Ottomania hadir sebagainaskhah yang menghimpunkan fakta serta menawarkan perspektif berbeza yang jarangditerokai dalam wacana arus perdana. Buku ini bakal menjawab isu-isu sensasi berkaitan sejarah kerajaan Uthmaniyah, selainmenelusuri wacana sejarah Uthmaniyah daripada sumber Arab yang turut menjadi salah satusumber utama sejarah kerajaan ini. Antara inti pati menarik dalam buku ini: • Rekonstruksi Kerangka Fikir Sejarah: Buku ini membina "Kerangka Fikir Sejarah Menurut Islam" untuk membedah sejarah umat Islam secara kritis dan objektif, sekali gusmenawarkan pilihan jawapan terhadap provokasi aliran pemikiran anarkis, liberal, dan sekular. • Penerokaan Historiografi Sumber Arab: Penulis menonjolkan kepentingan sumberberbahasa Arab dari wilayah hot spot seperti Mesir, Syam, dan Hijaz sebagai rujukan pentingyang sering dipinggirkan dalam naratif arus perdana sejarah Uthmaniyah. Ayuh kita kembali menilai, apakah perspektif kita terhadap sejarah kerajaan Uthmaniyahselama ini? Dan yang paling penting, dari manakah sumbernya? Selamat membaca!