Di Akademi Serangga, Keko, iaitu ketua Skuad Serangga, dikecam kerana disangka berkhianat. Dalam kekacauan itu, dia berusaha memulihkan reputasinya sambil menghadapi dilema kesetiaan dan cabaran daripada Kelab Labah-labah. Mampukah dia membuktikan kesetiaannya dan menyatukan semula komuniti serangga yang semakin berpecah? Apa yang dapat dipelajari daripada siri komik ini adalah: STEM Sistem Pemakanan dan Adaptasi: Menjelaskan keperluan fisiologi spesies seperti penghisap darah dan cara mereka menyesuaikan diri.Ekologi Sosial Serangga: Mengkaji struktur kepimpinan dan perkembangan sosial dalam komuniti serangga. Pengajaran dan Nilai Kepentingan Mengikut Peraturan: Kehendak individu tidak boleh mengatasi peraturan yang melindungi komuniti secara keseluruhan.Kepimpinan Datang Bersama Amanah: Seorang pemimpin perlu berani membuat keputusan walaupun tidak disukai semua pihak.