• 468ad4a1af026062f2242ab18285c6a2
  • b887286043b59bde7d1c9a393ff20068
  • a1862c4a76cfe4d08c95323b8f5e2db0
  • 06df14021eba103005e4492dbb67f3f2
  • c5560b623b59c279e6706c40d22e0f43
  • 8d6e1cbe1588e922d9840875aed70ee0
  • ace0734b25ce8b554ef61ebdb3a4b612
1

SHOOTZ 1 - 6 (KOMIK-M)

Regular price
RM 9.00
Sale price
RM 9.00
Regular price
RM 10.00
Secure payments | Shop@PTS
Secure payments
Authentic products | Shop@PTS
Authentic products
🌟SHOOTZ #1: KELAHIRAN SEMULA SEORANG JAGUH
Kelab bola baling Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Pangsun akan dibubarkan kerana ketiadaan jurulatih dan prestasi yang semakin merosot.

Liesa, pengurus kelab berusaha memastikan kelab itu tetap wujud dan meningkat maju sehingga menjuarai kejohanan bola baling peringkat negeri seperti yang pernah mereka perolehi beberapa tahun lepas.

Harapan Liesa kembali bersinar apabila secara tidak sengaja terjumpa seorang pelajar yang mempunyai bakat dan skil yang terpendam iaitu Kayroll. Mampukah Kayroll menyelamatkan Kelab Bola Baling Sekolah Menengah Sri Pangsun daripada dibubarkan?


********************************
🌟SHOOTZ #2: BERANI KERANA BENAR
Pasukan bola baling Sekolah Sri Pangsung berada dalam keadaan bahaya. Ketika perlawanan penting antara hidup dan mati mereka semakin hampir, pemain harapan mereka, Kayroll digantung sekolah kerana dituduh mencuri kertas soalan peperiksaan. Pada masa sama, pesaing mereka semakin hebat dan terus memberi tekanan kepada pasukan bola baling Sri Pangsun.

Mampukah mereka menghadapi dugaan besar ini?


********************************
🌟SHOOTZ #3: CABARAN SEORANG JAGUH
Masa yang dinantikan sudah tiba!

Pasukan bola baling sekolah Sri Pangsun akan bertanding bagi memastikan hidup mati pasukan mereka.

Namun, ketika perlawanan hampir bermula, pemain harapan mereka, Kayroll masih belum muncul di gelanggang. Ditambah pula, ada ahli dalam pasukan berasa tidak tenang pada hari perlawanan itu.

ke manakah Kayroll menghilang? Apakah yang membuatkan ada orang dalam pasukan bola baling Sekolah Sri Pangsun berasa tidak tenang?


********************************
🌟SHOOTZ #4: PERLAWANAN BERMULA
Ada keputusan yang mengejutkan dalam perlawanan pertama Kayroll ini. Perlawanan yang membuatkan Liesa menitiskan air mata dan rakan-rakan lain tidak tentu arah. Apakah yang berlaku dalam Shootz! kali ini?


********************************
🌟SHOOTZ #5: AKU MAHU MENANG!
Kerana mementingkan diri, Surfian tidak mahu membuat hantaran bola kepada rakan sepasukan dan berusaha menjaringkan gol peribadi. Kedegilan Surfian selaku kapten pasukan menjatuhkan moral para pemain yang lain.

Kesempatan ini digunakan oleh pasukan lawan untuk menjarakkan kedudukan mata dan membelasah mereka dengan jurang jaringan yang amat besar.


********************************
🌟SHOOTZ #6: TITISAN PELUH TERAKHIR
Segalanya dipertaruhkan dalam perlawanan ini. Pasukan bola baling Sri Pangsun perlu menang. Kekalahan bukan satu pilihan. Selagi wisel penamat belum dibunyikan, selagi itu mereka perlu berjuang, meskipun hingga ke titisan peluh terakhir!


********************************
Hanya komik jilid 5 dan 6 sahaja yang berwarna.

Mohon chat terlebih dahulu sebelum membuat sebarang pembayaran.
Terima kasih😊