Melangkah selepas Patah: Seni Berdamai dengan Kehilangan
Sebuah kehilangan bukan sekadar bererti ketiadaan, sebaliknya sebuah proses perjalanan jiwa yang panjang, antara reda dan luka, antara sabar dan air mata.
Buku ini membawa anda menyelami seni berdamai dengan duka kehilangan, khususnya duka kehilangan anak yang sangat dikasihi.
Diadaptasi daripada karya klasik Imam Ibnu Nasiruddin Ad-Dimasyqi, berjudul Bard Al-Akbad ‘Inda Faqd Al-Aulad, buku ini diterjemah dan disusun semula dengan penggunaan bahasa yang mudah difahami, menyentuh dan penuh penghayatan untuk pembaca masa kini.
Apalah ertinya kehilangan, jika pada saat kehilangan itu kita banyak menemukan.
Setiap helaian halaman adalah panggilan untuk hati-hati yang sedang patah: bahawa kehilangan juga adalah bentuk cinta dari Allah, dan ada rahmat yang tersembunyi di sebalik setiap musibah yang dilalui.
Bacalah agar tangisanmu reda dengan harapan, dan langkahmu kembali kuat walau pernah rebah.
Turath - Seni Memiliki Jiwa yang Dicintai Tuhan
Apakah yang lebih berharga daripada memiliki jiwa yang dicintai Tuhan? Dalam kehidupan penuh ujian, hati mudah dinodai riak, hasad, cinta dunia, dan godaan hawa nafsu. Namun, hanya qalbun salim iaitu hati yang bersih dan sejahtera yang menjadi kunci keselamatan di sisi-Nya.
Buku Seni Memiliki Jiwa yang Dicintai Tuhan, yang diadaptasi daripada karya agung Imam al-Ghazali, mengajak kita menyelami seni membersihkan hati berlandaskan al-Quran, sunnah, dan hikmah ulama. Dengan bahasa yang jernih dan penjelasan yang mudah difahami, ia membimbing kita mengenal penyakit rohani, menundukkan hawa nafsu, serta menumbuhkan akhlak mulia sebagai cerminan jiwa yang suci.
Karya ini bukan sekadar bacaan, tetapi sahabat perjalanan rohani yang menuntun jiwa agar berani menyucikan diri dan meraih cinta Ilahi. Sesungguhnya, cinta itu tidak pernah mati. Ia hanya menanti hati yang kembali dengan tulus dan suci.