Biografi Muhammad Bin Abdullah
Kandungan buku ini elok dan sesuai sebagai pembacaan bagi golongan yang baru mengenali Islam dan yang mahu mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang riwayat hidup seorang nabi dan rasul. Bukan semua pembaca suka membaca buku-buku ilmiah tentang Islam yang agak berat dengan istilah Arab. Sebagai seorang saudara baru, bentuk penulisan seperti buku ini akan dibeli dan dibaca.” - Aliya Yeoh, pendidik -
“Membaca sirah beliau nyata membuka pemikiran dalam konteks perencanaan strategi pentadbiran. Kebijaksanaan beliau bersama sahabat nyata memukau pengkaji-pengkaji pengurusan strategik. Mungkin satu penulisan khusus boleh dilakukan oleh mereka yang berminat.” -Prof. Dr. Muhd Kamil Ibrahim, pengarah UiTM Segamat & penulis bestseller Travelog Haji -
“Dapat dibaca dan dihayati oleh semua peringkat usia. Inilah buku sirah terbaik yang pernah ditulis untuk mereka yang baru mengenali nabi.” -Zamri Zainal Abidin, penerbit Duniaku Buku, radio IKIM.fm -
“Buku ini bukan sahaja wajar dijadikan hadiah kepada bukan Islam, malah kepada remaja Islam hari ini yang lebih mengenali ikon-ikon hiburan berbanding Nabi Muhammad.” -Maizura Ederis, Majalah Millenia Muslim -
“Pengarang berjaya membawa karya ilmuan tentang sejarah Islam ke tahap yang mampu mengatasi novel-novel cinta dan karya popular di pasaran! Gaya penulisan bahasa Melayu yang mudah difahami, olahan yang menarik, selain perjalanan cerita yang mudah diikuti menjadikan buku ini sesuai dibaca dan dihayati oleh pelbagai peringkat umur. Terasa seperti membaca sebuah novel walaupun hakikatnya ia sebuah karya bersifat ilmiah dan sesuai menjadi bahan rujukan.” -Lelucon, blogger -
As-Syamail Al-Muhammadiyah
Dalam cetakan edisi kemas kini ini, terdapat beberapa penambahbaikan yang dilakukan:
1. Cetakan ini ditahqiq sebanyak dua kali oleh penterjemah dan ditambah nota-nota kaki bagi memberi penjelasan berkenaan istilah-istilah ataupun makna perkataan yang kurang jelas. Selain itu, beberapa kesilapan teknikal dalam cetakan edisi lama sudah dibetulkan. Pembaca boleh merujuk kepada bahagian penerangan dan nota kaki berkotak.
2. Terdapat perkataan-perkataan yang bergaris, disusuli perkataan yang bertanda kurungan. Ini bagi menunjukkan perbezaan antara beberapa cetakan yang dirujuk. Pentahqiq melampirkan kedua-duanya bagi mengelakkan timbul kekeliruan apabila dibandingkan cetakan-cetakan itu.
3. Terdapat hadith-hadith yang tidak dinyatakan sanad dan matannya kerana wujud hadith yang sama sebelumnya. Sekiranya pembaca menjumpai hadith itu, pembaca boleh merujuk kepada hadith sebelumnya atau nombor nota kaki yang tertera.
4. Dalam edisi Kemas Kini 2021 ini, susun atur perkataan ditambahbaik dari segi grafik supaya lebih menarik dan cantik.
5. Dalam edisi Kemas Kini 2021 ini juga, terdapat bahagian tambahan iaitu maklumat mengenai kitab-kitab Syamail Muhammadiyah yang ada, sejarah ringkas Imam At-Tirmidzi dan juga ringkasan sejarah Rasulullah s.a.w.
Dalam surah al-Ahzab, ayat 56, Allah s.w.t. menyatakan, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada Nabi. Wahai orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.”
Bacalah selawat, Allahumma solli ‘ala saidina Muhammad wa ‘ala alihi wa ashabihi ajma’in. Maksudnya, “Ya Allah, kurniakanlah kepujian kepada Nabi Muhammad s.a.w. ahli keluarga, dan sahabat-sahabat Baginda.”