Tajuk: Tafsir Al-Azhar: Tafsir Surah Luqman, As-Sajdah dan Juzuk 21 (Edisi 2026)
ISBN: 9786294932449
Penerbit: PTS Publishing House
Muka Surat: 448 m/s
Halaman: Hitam Putih
Penulis: HAMKA
Tahun Terbitan: 2026
Format: Soft cover
Berat (kg): 0.58kg
Dimensi (cm): 23 cm x 15.3 cm
SINOPSIS
Tafsir Surah Luqman, As-Sajdah dan Juzuk 21 merupakan sebahagian daripada Tafsir Al-Azhar, karya terbesar ulama dan sasterawan agung Nusantara, Profesor Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah atau lebih dikenali sebagai HAMKA.
Dalam penyusunan tafsir ini, HAMKA menggunakan kaedah tahlili atau analisis. Beliau mentafsirkan ayat Al-Quran dengan ayat Al-Quran yang lain, hadis, pandangan para sahabat dan tabiin serta tafsir muktabar. Pentafsirannya turut diperkaya dengan syair dan pendekatan yang meraikan kepelbagaian mazhab.
Buku ini menumpukan perbincangan HAMKA terhadap surah-surah yang terkandung dalam juzuk ke-21 Al-Quran, iaitu:
- Lanjutan Surah Al-Ankabut
- Surah Ar-Rum
- Surah Luqman
- Surah As-Sajdah
- Surah Al-Ahzab
Keistimewaan pentafsiran HAMKA terletak pada penggunaan bahasa yang indah dan menarik serta kemampuannya menghubungkan ayat Al-Quran dengan realiti sosiobudaya masyarakat Nusantara. Perbincangannya turut diperkaya dengan pendekatan sejarah, sosiologi, tasawuf, ilmu kalam, kesusasteraan dan psikologi.