• KOMIKM SHOPEE (23)
  • misisolat_1_ekk_front
  • misi_solat2_ekk_front
  • missolat3_ekk_front
  • misi_solat_4_front
  • misisolat5_front
1

Komik-M

Kombo Misi Solat Lima Waktu

Regular price
RM 51.00
Regular price
RM 0.00
Sale price
RM 51.00

Misi Solat Lima Waktu #1: Diari Solat Imran

Seumur hidup saya, saya hanya bersolat tidak sampai tiga kali. Kali pertama, adalah semasa solat Hari Raya Aidilifitri pada dua tahun lalu. Kali kedua, solat Hari Raya Aidiladha tahun lalu. Ketiga, solat jenazah nenek sayabeberapa bulan lalu. :’(

Sebelum ini, emak dan abah tidak pernah kisah saya solat ataupun tidak. Ustaz dan ustazah yang mengajar Pendidikan Islam sebelum ini pun tidak pernah kisah. Abang dan kakak saya pun tidak kisah kerana mereka juga tidak solat seperti saya. Tetapi, tiba-tiba sahaja Ustaz Azhar mahu ambil kisah. Aduhai…. :(

Sebab itulah buku conteng ini wujud. Saya mahu belajar solat, dan semua perkara berkenaan solat akan saya muatkan di sini. Saya hanya ada masa selama seminggu sebelum tibanya ujian amali solat. Walau apa caranya sekalipun,saya perlu pandai bersolat sebelum tiba waktu itu. Saya sanggup lakukan apa sahaja (kecuali menyentuh lipas) asalkan saya tidak dirotan oleh Ustaz Azhar! Serius!

“KREATIF, SANTAI, DAN LUCU! DALAM BUKU INI, PANDUAN ASAS SOLAT DISAMPAIKAN DALAM PENCERITAAN YANG MENARIK DAN BERSULAMKAN KARTUN YANG COMEL. SESUAI DIBACA OLEH MEREKA YANG MAHU BELAJAR SOLAT, KHUSUSNYA ANAK-ANAK.”

USTAZ MOHD HARIRI MOHAMAD DAUD
Pengacara Forum Perdana Ehwal Islam TV1
Murabbi Rancangan Adik-Adikku Musim ke-5

“ADUNAN GAYA KREATIF KOMIK DAN ILMIAH FIKAH SOLAT MENJADIKAN BUKU INI BERNILAI DAN BERKESAN, BUKAN HANYA UNTUK MEMPELAJARI SOLAT, TETAPI MENCINTAINYA.

ILMU TENTANG SOLAT MENJADI MENARIK, MENGHIBURKAN, DAN AMAT MENGUJAKAN DARIPADA HALAMAN PERTAMA HINGGA AKHIR. SAYA MENAMATKAN KOMIK INI DENGAN MATA YANG BERKACA.

SEBUAH KOMIK YANG WAJIB DIHADIAHKAN OLEH IBU BAPA SERTA GURU YANG PRIHATIN KEPADA ANAK-ANAK.”

USTAZ ROHIDZIR RAIS
Pendakwah Bebas dan Penulis Buku Ensiklopedia Solat, dan 
Anda Bertanya Ustaz Menjawab Mengenai Solat

Misi Solat Lima Waktu #2

Habislah! Saya ada terbuat sesuatu di sekolah, dan Bob sangat marah pada saya!

Tidak kenal Bob? Dialah murid paling samseng di sekolah .... Bukan, di seluruh dunia!

Ustaz kata, senjata orang Islam ialah doa. Sebab itu, saya perlu lawan Bob dengan doa (kalau lawan bertumbuk, habislah saya).

Masalahnya, saya cuma hafal doa sebelum makan. Aduh, apa yang perlu saya buat?

Misi Solat Lima Waktu #3

Di sekolah tadi, saya terlupa bawa kerja sekolah. Cikgu Maimon mengamuk. Dia kata, kalau saya tidak belajar rajin-rajin, saya akan jadi seperti Pak Dollah.

Siapa Pak Dollah?

Saya tanya Badrul, tetapi dia palingkan muka. Saya terlupa yang kami sedang bergaduh. Aduh… ketika ini, saya juga sedang bergaduh dengan emak dan ayah. Hidup saya jadi haru-biru. Kenapa semua orang tidak sayang dan suka saya? Adakah saya terlalu jahat?

Nenek kata Allah dan Nabi suka orang yang berakhlak mulia. Tapi, apakah maksud akhlak yang mulia? Hmm… siapa boleh ajar saya, ya?

Misi Solat Lima Waktu #4
Imran amat gembira apabila dapat tahu dia dan keluarganya akan pergi melancong ke luar negara dengan menaiki kapal terbang. Tapi, ke mana mereka akan bercuti?

Ia kekal menjadi misteri sehinggalah ayah Imran mengumumkan kepada jemaah masjid yang mereka akan pergi menunaikan umrah.

Umrah? Adakah ia pusat peranginan yang mempunyai pantai yang indah ataupun gunung yang bersalji?

Inilah misi dan diari terbaru Imran… Misi Umrah Imran!

Misi Solat Lima Waktu #5

Sekolah saya akan mengadakan sambutan hari kanak-kanak. Yang seronoknya, kami bebas untuk pakai baju bertemakan wira! Yang tídak seronoknya, saya tídak tahu mahu pakai baju apa!

Pelajar yang mengenakan pakaian terbaik akan menerima hadiah, iaitu set alat melukis yang sudah lama saya idamkan. Saya mahu menang! Namun saya tíada wira kegemaran seperti Badrul yang obses pada Batboi.

Semasa mencarí idea di padang permainan, saya terjumpa Tok Fit. Selepas menyaksikan aksí hebat Tok Fit menyelamatkan budak-budak di situ, saya terus buat keputusan mahu jadikan beliau sebagai wira saya.

Тетарі Tok Fit kata, dia tidak layak menjadi wira ataupun idola. Orang yang paling layak diangkat sebagai wira ialah Nabi Muhammad.|

Selepas mendengar Tok Fit berceríta tentang Nabi, baru saya tahu, Nabi Muhammad ialah wira yang paling hebat di dunia!

Mari bersama saya ikuti kisah-kisah Nabi Muhammad kesayangan kíta!