• penghisap darah
1

Detektif Vampire #5: Penghisap Darah

Regular price
RM 10.20
Regular price
RM 12.00
Sale price
RM 10.20

DIA BUKAN PEMANGSA YANG MAKAN DAGING. DIA HANYA SEDUT DARAH KAU SAMPAI KERING-KONTANG."

Inspektor Farid menyiasat kes kehilangan dan kematian mangsa yang ditemui tanpa darah, dipercayai berkait dengan vampire. Pada masa yang sama, Kelab Detektif Vampire telah diharamkan oleh pihak sekolah daripada menerima sebarang kes. Namun, Dalilah datang meminta bantuan mereka untuk menyiasat kumpulan muzik terkenal, Alpha, serta kehilangan dua sahabatnya.

Anaqi dan rakan-rakannya mula mengesyaki band yang turut dianggotai adik Dalilah ada kaitan dengan kes kehilangan dan kematian misteri, terutama apabila mangsa-mangsa terdiri daripada peminat mereka.

Walaupun berdepan bahaya, Kelab Detektif Vampire terus menyiasat sehingga mereka berdepan musuh yang jauh lebih menggerunkan.

Dalam masa yang sama, rahsia organisasi E.D.E.N mula terbongkar sedikit demi sedikit, termasuk misteri kematian ayah Hafiy serta ibu bapa Anaqi. Kini, Kelab Detektif Vampire semakin hampir kepada petunjuk terakhir yang boleh merungkai segalanya.