Ultra Qalif Pelindung Bumi
- Regular price
- RM 12.60
- Sale price
- RM 12.60
- Regular price
-
RM 14.00
Secure payments
Authentic products
Share
100 JUTA
Ketika sedang tekun berlatih silat, Qalif (Ultra qalif) dan danial (babap Boi) dikejutkan oleh satu panggilan video kecemasan daripada ayah danial (Encik zamri si pemancing serius). Beliau memohon pertolongan kerana sedang diburu oleh sekumpulan pembalak haram di sebuah hutan simpan. tanpa berlengah, ULTRA QALIF dan babap boi bergegas untuk menyelamatkan ayah danial dan hutan itu daripada tangan para perosak khazanah negara.
Pelaksanaan Program PENGHIJAUAN MALAYSIA: KEMPEN PENANAMAN 100 JUTA POKOK bertujuan untuk meningkatkan kesedaran semua pihak mengenai pentingnya kawasan litupan hijau dan hutan untuk kesejahteraan dan kualiti hidup selain usaha untuk menambah baik ekosistem dan biodiversiti negara kita.
Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) menyasarkan penanaman 100 juta pokok dalam tempoh lima tahun bermula dari tahun 2021 hingga 2025. NRECC melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Jabatan-Jabatan Perhutanan Negeri, Jabatan Perhutanan Sabah, dan Jabatan Hutan Sarawak giat melaksanakan pelbagai program dalam merakyatkan program ini. NRECC ingin mengajak seluruh penduduk Malaysia untuk turut bersama-sama menjayakan kempen ini dengan merekodkan penanaman pokok masing-masing melalui aplikasi Penghijauan Malaysia!
_______________________________________________________________________________________________________________________
HARIMAU MALAYA
Sewaktu cuti sekolah, Qalif dan Jebat menyertai program sukarelawan yang membawa mereka berdua jauh ke sebuah perkampungan orang asli. Program yang bertujuan meningkatkan kesedaran orang awam mengenai ‘Kempen Selamatkan Harimau Malaya’ itu sepatutnya menjadi aktiviti yang santai dan menyeronokkan, namun segalanya mula berubah apabila dua ekor anak harimau ditemui terpisah daripada ibu mereka di hutan. Ini bermakna ada bahaya dan memerlukan Ultra Qalif untuk beraksi!
#SELAMATKANHARIMAUMALAYA!
Hasil cerapan yang dijalankan melalui 1st National T iger Survey di hampir 75% plot kajian habitat harimau bermula tahun 2016-2018 telah menunjukkan bilangan Harimau Malaya yang direkodkan adalah kurang daripada 200 ekor. Data ini menunjukkan populasi Harimau Malaya berada pada tahap yang amat membimbangkan. Jika tiada tindakan drastik yang dijalankan bagi mengatasi masalah penurunan populasi Harimau Malaya ini, jangkaan dalam tempoh lima hingga sepuluh tahun lagi Malaysia akan kehilangan spesies ini buat selama-lamanya. Oleh itu, usaha memulihara dan menyelamatkan Harimau Malaya adalah tanggungjawab kita bersama!

×