• Lead_Like_Muhammad
1

Lead Like Muhammad: Teknik Mendorong Perubahan Tingkah Laku (2021)

Regular price
RM 31.50
Sale price
RM 31.50
Regular price
RM 35.00
Secure payments | Shop@PTS
Secure payments
Authentic products | Shop@PTS
Authentic products
Nabi membawakan kebaikan kepada penduduk seluruh dunia, bukan hanya kepada umat Islam sahaja. Banyak ilmu kepimpinan yang beliau ajarkan dapat dipraktikkan oleh orang-orang Islam dan juga orang-orang bukan Islam. Buku ini menerangkan prinsip, strategi, teknik, dan SOP-SOP yang digali daripada hadith-hadith yang mempunyai elemen psikologi di dalamnya, dan bagaimana elemen-elemen itu dapat diaplikasi. Prinsip, strategi, teknik, dan SOP-SOP kepimpinan gaya Nabi dapat dikumpulkan ke dalam 2 kategori: KATEGORI 1 Dalam kategori ini adalah amalan-amalan, rutin dan ritual yang dilakukan oleh Nabi sebagai pemimpin yang beragama Islam. Dari sudut aplikasinya, amalan-amalan, rutin dan ritual itu adalah khusus untuk ketua-ketua yang beragama Islam sahaja. Buku-buku kepimpinan gaya Nabi yang ditulis oleh golongan agamawan fokus menerangkan amalan, rutin dan ritual dalam kategori ini. Buku-buku itu hanya relevan kepada pemimpin dan ketua-tua yang beragama Islam sahaja. KATEGORI 2 Dalam kategori ini adalah prinsip, strategi, teknik, dan SOP-SOP gaya Nabi yang bersifat universal, yang dapat berdiri sendiri, yang tidak perlu dikaitkan dengan iman dan akidah. Prinsip, strategi, teknik, dan SOP-SOP dalam kategori ini dapat dipisahkan daripada kepercayaan spiritual. Sesiapa sahaja dapat mengaplikasi prinsip, strategi, teknik, dan SOP-SOP itu. Orang bukan Islam pun dapat menggunakannya dengan mudah sekali. Jika pemimpin dan ketua hanya mengaplikasi prinsip, strategi, teknik, dan SOP-SOP dalam kategori ini sahaja pun dia sudah mampu memimpin organisasinya secara efektif. Buku ini fokus menerangkan prinsip, strategi, teknik, dan SOP-SOP dalam kepimpinan gaya Nabi yang bersifat universal.